Sunday 6 October 2013

Kongsi

Assalamualaikum..

Saya berkongsi bukan sebab saya sempurna, tetapi saya berkongsi sebab saya selalu alpa.. 

Wednesday 2 October 2013

SAHABAT

Dah nak bertolak ke johor, tapi hati masih tak puas di kuala selangor.. Masih ramai sahabat-sahabat yang belum  dapat saya berjumpa.. Mana taknya, turun KL bukan untuk makan angin tetapi ada program yang perlu diselesaikan.. Tetapi dapat jugalah berjumpa dengan dengan seorang sahabat, yang banyak membantu saya untuk urusan penginapan hotel.. Terima kasih banyak-banyak Yan sebab sudi membantu.. Yang bestnya dengan Yan ni setiap kali kami berjumpa mesti dia bagi saya hadiah.. Sebelum ni pun ada juga la bersama sama Yop dan Wani lepak-lepak dekat rumah Yan.. Dia sanggup bersusah payah untuk layan sahabat-sahabat dia ni walaupun kaki dia masa tu SAKIT!! Terharu dibuatnya, walaupun jalan terhencut hencut Yan masih sanggup keluar menaiki scooter egonya untuk membeli sate minang untuk kami.. Maklumlah semua tak pernah makan sebab tu Yan keluar semula.. Mula-mula Maya isterinya selepas balik berniaga ada juga membawa makanan untuk kami, maklum sahajalah orang sibuk berniaga mana sempat nak memasak untuk tetamu tetapi Yan dengan Maya sangat bersusah payah melayan kami dengan layanan istimewa.. Terima kasih banyak-banyak sahabat.. Walaupun Yan sakit tetapi macam tiada apa apa, seronok bersembang bergelak ketawa sambil tengok Harimau Muda membelasah Thailand.. Paling terharu setiap kali kami berpisah ada sahaja buah tangan atau hadiah untuk saya dan isteri.. Memang anda sahabat yang sangat istimewa Yan, dari bujang sampailah dah jadi "bapak orang" sifat baik dirimu itu memang tidak pernah berubah.. Aku sayangkan kau dunia akhirat Yan..

Tuesday 1 October 2013

Diriku

KAJIAN DR FADZILAH KAMSAH TENTANG SIFAT MANUSIA - SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur.. Sangat cermat, teliti & teratur.. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.. Pendiam tapi pandai bercakap.. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.. Kerja yang dilakukan sangat sempurna.. Sangat sensitif yang tidak diketahui sesiapa.. Orang yang banyak berfikir.. Daya pentaakulan yang baik.. Otak bijak & mudah belajar.. Suka mencari maklumat.. Kawal diri dari terlalu mengkritik.. Pandai mendorong diri sendiri.. Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia.. Suka sukan, hiburan & melancong.. Kurang menunjukkan perasaannya.. Terluka hatinya sangat lama disimpan.. Terlalu memilih pasangan.. Sukakan benda yang luas.. dan Bersistematik

macam mana, ada sesiapa yang setuju dengan kajian Dr. Fadzilah Kamsah? hehehe..